17 Disember 2011 : Fakulti Pendidikan Teknikal & Vokasional telah mengadakan Majlis Makan Malam sempena meraikan pelajar tahun akhir fakulti tersebut. Majlis yang telah diadakan didataran terbuka UTHM telah mendapat sambutan yang meriah dengan kehadiran beberapa dif-dif jemputan dan pelajar tahun akhir. Majlis tersebut bertambah meriah dengan kehadiran pelajar senior dan juga pelajar junior.
Majlis ini telah dirasmikan oleh Tn. Haji Ashaari Sikor, penyelaras latihan mengajar wakil kepada dekan yang tidak dapat bersama pada malam tersebut kerana beliau berada di negara Jordan atas urusan kerja. Kelancaran perjalanan sebuah program itu semestinya menjadikan prioriti utama dalam pengurusan sesebuah kelab, dengan ucapan pengerusi Kelab Pendidikan Teknik dan Vokasional iaitu saudara Mohd Hafiz Aziz menyempurnakan lagi majlis pada malam itu.
Majlis makan malam tersebut dimeriahkan lagi semasa makan semua jemputan dihidangkan dengan juadah yang menyelerakan dan ditambahkan lagi dengan jemputan penyanyi nashid dan nyanyian akustik oleh pelajar FPTV sendiri yang dipersembahkan sewaktu makan.
Walaupun pertunjukan montaj tidak dapat ditunjukan atas kekurangan sistem teknikal pada malam itu, namun ianya tidak menjadi penghalang kepada kelancaran program.
No comments:
Post a Comment