Hoshi Ryokan merupakan hotel dan spa yang terletak di Komatsu, Jepan. Ia dimiliki dan dikendalikan oleh keluarga yang sama untuk 46 generasi. Mata air panas yang dimilikinya menyegarkan dan memulihkan penginap hotel selama 1293 tahun. Hoshi Ryokan diasaskan sami Budha yang telah menjumpai lokasi mata air panas melalui mimpi.
Hoshi Ryokan dibuka apabila sami Budha, Taicho Daishi telah mendaki kemuncak Gunung Hakusan, sebuah gunung berhampiran dengan kampung Awazu. Ketika Sami tersebut tertidur untuk menghilangkan penat, beliau bermimpi berjumpa dengan makhluk yang menjaga gua tersebut dan menyuruh beliau turun ke kampung Awazu yang terletak di kaki bukit. Di kaki bukit tersebut terdapat sebuah mata air panas yang mempunyai khasiat memulihkan penyakit. Penduduk kampung Awazu tidak mengetahui kewujudan mata air tersebut.
Daishi pun turun ke kampung tersebut, berjaya menemui mata air tersebut dan ramai penduduk kampung yang berjaya dipulihkan dari penyakit yang mereka alami. Kesibukan Daishi menyebabkan beliau menyerahkan tugas untuk menguruskan mata air panas kepada pengikutnya Garyo Hoshi. Keluarga Hoshi lah yang telah menjalankan perniagaan spa selama hampir 1300 tahun. Hotel Hoshi telah berjaya mengharungi kemunculan dan kejatuhan era Samurai, Era Ninja, Era Maharaja Jepun dan 2 perang dunia.
Kini, Hotel Hoshi memiliki 100 buah bilik, 2 buah spa mata air panas dalaman dan 2 buah mata air di luar yang mengasingkan di antara pengunjung lelaki dan wanita. Pengunjung akan dibekalkan dengan kimono Yukata yang istimewa. Terdapat beberapa buah taman dan permandangan yang indah disekitar kawasn hotel. Harga bilik adalah sekitar USD 580 semalam bagi bilik kelamin dan harga termasuk dengan sarapan dan makan malam.
diterjemah dan dipadankan dari:
No comments:
Post a Comment